The Moments ^ ^
Wednesday, May 30, 2012 • 12:33 AM • 0 comments Assalamualaikum . Hye . Tengok tittle entry aku , mesti korang tertanya-tanya ' APAKAH :o ? ' Adakah aku nak cerita tentang Jessie J yang comel atau Lisa Suriahani yang sudah berkahwin ? Gosh ! Bukan lah -.- Aku stapler mulut sorang-sorang supaya tiada siapa pun boleh bising atau memekak bila membaca entry aku kali ini . Entry kali ini haruslah korang semua hayati betul-betul dan memahaminya okay . Kalau nak ketawa boleh , tapi dalam hati . Suka hati korang lah nak terkentut sampai terberak pun tak apa . Mesti korang angin dengan aku kan " Apa benda si Minah Loading ini nak serious sangat sampai tak boleh nak ketawa :| ? Nak kena baling dengan kawah sebesar mangkuk tandas ke ? " Korang baca dulu , baru korang tahu apa benda then kalau lepas baca itu , nak gelak sampai terkeluar jantung dari mulut pun it's okay . Aku tak kisah . Mohon scroll ke bawah sebelum 6 biji buah tembikai hinggap dekat kepala hotak kau --' Start here , korang ingat lagi tak hari pertama korang sekolah ? Haha . Kalau bila ingat balik pada zaman kanak-kanak ribena , ia sangat lucu dan membuatkan kita ketawa sehingga tak ingat dunia ini wujud atau tidak . Aku masih ingat pada hari pertama aku masuk Tadika sewaktu aku berumur 5 tahun . Ouh , tersangatlah comel aku pada masa itu seperti Pocoyo comelnya okay ^ ^v Pada masa itu , aku masih tidak mengenali sesiapa . Aku tiada kawan , sungguh sunyi hidup aku ketika itu . Aku menangis sebab nak Umi teman kan aku T__T Sungguh tak malu suruh tunggu --' (Alahai , kecil lagi . Apa tahu :P ) Umi pun sanggup tunggu aku sampai aku tenang dan tak menangis . Betapa sayangnya Umi dekat anaknya :'< Hari semakin hari *biar betul ayat aku ini :o * Aku sudah terbiasa , dan aku sudah mempunyai ramai kawan . Dan sewaktu aku berumur 5 tahun , aku sudah tahu untuk menyukai seseorang O.o Maju sungguh aku ini , betul tak ? Bila dah makin membesar , aku semakin lupa pada orang yang aku suka itu dan perasaan aku terhadap dia automatic hilang ! Kejamnya aku ^ ^ Hahaha . Teruk kan aku ? Time tadika dah pandai , ada aku kisah ? Peringkat sekolah rendah pula , masa Darjah 1 , aku seorang budak yang baik , comel , dan terlalu baik dan lagi satu NERD . Ouh , kenapa masa Darjah 1 aku terlalu baik ? Sebab masa itu , kalau gaduh , even aku tak salah dalam pergaduhan itu , aku akan meminta maaf . Baik kan ? Baik lah itu . Masa aku darjah 3 , ada budak ini suruh aku buat kerja sekolah dia O__o (Amboi , banyak selekeh muka dia ) Rasanya aku buat ke tak kerja sekolah dia ? Ouh yeah ! Memang aku buat kan , dan aku tidak meminta sebarang ganjaran untuk itu (kembang sepuluh inci) . Makin lama itu , dia naik lemak -.- Suka suruh aku buatkan kerja dia , kalau aku tak buat mahu berasap berhangit-hangit kepala dia sampai pijak kasut sekolah aku yang putih melepak macam Ular Albino itu okay . Dulu kecil , suka mengadu :'3 Aku bagitahu Umi tentang itu . Umi aku tersangatlah marah pada dia , dan Umi ada pergi rumah dia sebab nak ambil buku sekolah aku yang dia pinjam berbulan-bulan tak reti nak pulang . Bila Umi pergi rumah dia , pandai pula nak pulang balik , masa aku minta , asyik lupa saja alasan dia . Kesian kecil-kecil dah macam orang tua , cepat lupa ! Bila dah masuk darjah 5 , aku dah start jadi budak 'Bahang' di sekolah tapi tak ada lah Bahang sangat -.-' LOL ( kena sebiji tembikai dekat kepala sebab kena baling dengan reader) Kenapa aku cakap macam itu :/ ? Sebab pernah satu hari ini , aku menangis akibat kepala aku terkena bola sewaktu bermain bola jaring . Ouh gosh ! Mahu lupa ingatan masa itu . Ish ish ish ! Sakit bebenor kepala aku ini . Time dalam kelas , hampir setengah budak lelaki dalam kelas aku , datang dekat aku lalu tanya , ada apa dengan aku . Kenapa aku menangis T__T ? Aku pun gedik gila pokemon cerita :'3 Tak disangka , mereka semua pergi cari budak perempuan yang baling bola dekat kepala aku itu suruh budak itu minta maaf dekat aku . Whooa O.o Betapa ramainya back up aku masa itu . Hahaha . Okay gedik . Masa darjah 6 , secara tiba-tiba aku dikenali ramai oleh seluruh warga SKBRP .___. Hanya di sebabkan aku couple dengan budak Hot dekat sekolah itu , terus aku popular . Doraemon betul -..-' Aku pergi mana-mana , ada saja budak cakap dekat aku " Wahh , untung lah couple dengan dia " O.o Di sebab kan terlalu ramai manusia kenal aku masa itu , budak sekolah itu suka bagitahu aku macam-macam pasal bekas couple aku itu :/ Gosh =,=" Nampak aku , cerita itu cerita ini . Kalau cerita baik tak apalah , ini entah cerita tebing puaka yang diorang bagitahu aku . Mana tak sakit hati masa itu . Tidak disangka juga -.-' Aku boleh jadi topik perbualan cikgu-cikgu darjah 6 di sekolah itu . Nampak permainan dia itu , nampak ? Hanya couple dengan budak Hot sekolah , kita sekali HOT . Huahuahua . Selepas UPSR berlalu , semakin menjadi-jadi KEHOTANAN aku V__V Asyik kena pergi bilik kaunseling lah , kena panggil dengan cikgu ini lah itu lah . Aku bakar sorang-sorang baru tahu ! Ada satu hari itu , aku TERbreak dengan ex boyfriend aku itu . TER okay TER . Hahaha . Kami break sebab terlalu ramai perempuan yang suka dia dan membuat kan aku tak selesa sampai aku sanggup putus dengan dia . Padanlah muka ! Hoho . Ye la itu aku ini -,-' Haha . Okay forget it . Masa aku putus dengan dia itu , tiba-tiba satu hari ini kecoh satu darjah 6 , ex boyfriend aku itu nak couple dengan aku balik :O ? Tak malu ke doh cakap dekat semua orang -.- Ada itu sampai nak tampar aku kalau aku tak couple balik dengan ex boyfriend aku itu . Stupid bodoh betul . Ingat aku terima ke ? Dah sebulan lepas itu baru aku couple balik dengan dia :'3 ( Tipu saja ) Hahaha . Aku lupa bila aku terima balik dia itu --' Bila dah couple itu , ada satu hari itu , dia sanggup ponteng sekolah suku hari semata-mata nak pergi 7-Eleven nak belikan aku ice-cream Cornetto (>< ) Comel nya . Kau HADO ? *Rindu gila masa itu :'( * Then aku rasa serba salah dengan dia sebab ice-cream itu , dia kena panggil dengan cikgu . So pokemon cikgu ini ! Tapi dia buat tak tahu saja pasal itu . Sebelum dia bagi aku ice-cream Cornetto lah , baju , rantai yang ada huruf S untuk Sofea dan chocolate Carburry , aku pun ada bagi sesuatu dekat dia . Teddy Bear ,, Keychain phone yang ada huruf A <3 A and Chocolate Carburry tau aku bagi ! Kau dapat ? Tak kan ? Hahaha . Ouh , romantiknya aku ini . So kalau nak aku bagi apa-apa , couple lah dengan aku :* Hahaha . Okay . Now , dia adalah manusia paling aku benci okay ^ ^y Hoho . Masuk saja Form 1 , perangai aku masa 5 tahun kembali . Aku rasa macam nak menangis , rasa macam nak suruh Umi tunggu aku sampai balik dekat sekolah sebab masa itu aku tak ada seorang pun kawan dan aku seperti manusia yang NERD . Time Form 1 aku pindah sekolah , tak bersekolah dengan kawan-kawan aku T_______T Tolong menangis okay bila baca story aku ini . Hahaha . Dalam kelas , aku duduk depan sekali O.o (Budak Baik) Kerja sekolah selalu siap , buku sekolah tak tinggal pun walaupun satu . Bag selalu besar ,, bawa bekal dan aku membawa botol air :D Nerd tak aku nerd tak ? Nerd kan ? Memalukan -.-" Bila semakin lama bersekolah , perangai aku masa Darjah 6 berputik . Ewahh . Elok-elok duduk depan , pergi duduk belakang sekali . Kerja sekolah dah tak siap , buku selalu tinggal dekat sekolah supaya bag tak berat dan tak besar . Bekal dah tak bawa dan botol air masih bawa , tapi air tak penuh , suku saja isi . Hahaha . Tengok perubahan aku . Apa macam ? Maju sungguh kan ? Macam siapa ? Kau kan ^ ^v Hahaha . Dan masa Form 1 juga lah aku dapat mengenali seorang mamat sewel yang suka buat aku bengang dengan dia . Gosh ! Doraemon (^(OO^) Dan aku juga dapat mengenali seorang Cik Komeng yang pada mulanya bagi aku sangat annoying :/ Now , aku form 2 -.-' Makin menjadi-jadi pula . Aku yang dulu tak berani nak bahan orang , sekarang aku BERANI . Yang dulu tak kenal siapa manusia yang bergeng dengan King Cipanzi itu , now aku kenal semuanya O.o Dan mereka pun mengenali aku . Shin Chan sungguh -..-' Tahun aku Form 2 ini lah , tiada sedikit pun detik yang memaniskan . Semuanya memasinkan . Grrr . Tiba-tiba aku teringat kau Bodoh ! Cerita pasal kau gila panjang pula itu ! Pokemon , doraemon , Shin Chan kau ini ! Dan mengapa aku menyebut tentang King of Cipanzi di entry ini . Ouh tidak . Atasinchi betul ><" |
She Says :
![]() My Status
♥ >> Study
date : Everyday
at:No Time
♥ >> PMR
date : No Date
at: Everytime
♥ >> EXAM !
date: Everyday
at: No Time
My Journey : |